Article translated from a local Malay newspaper.
Foreign poachers are using Terengganu as an illegal wildlife hub in the East coast before the items being smuggled into neighbouring countries. These poachers adopt a communist-like tactics in the forest reserves with the use M16. Their tracks are difficult to be traced, while weapons were hung on trees or buried to avoid being detected by officers from the Department of Wildlife and National Parks (DWNP). Villagers residing in the nearby village such as in Hulu Besut, Hulu Terengganu and Hulu Dungun, claimed that foreign poachers with M16 in the forest is nothing new. Poaching activity not only aim at wild animal , but also wild plants.
DWNP Terengganu Director, Rozidan Md Yassin, stated saying that most illegal hunting cases were failed from being charged due to lack of evidence support. However, a proactive step has been taken with the improvement of the monitoring and integrating the work with other relevant enforcement agencies on the identified areas.
Currently, DWNP is putting a moratorium on deer hunting permit. Hunting permit for bird species has temporarily halted due to the spread of the bird flu outbreak, recently.………………………………………………………………………………………………………
Berita Harian
Pemburu asing guna taktik komunis rompak khazanah hutan simpan
Shaarani Ismail
15 November 2009
Pantas hidu jejak penguat kuasa, sembunyi senjata serta hasil buruan elak kena dakwa.
SENJATA api berat seperti M16 dikenal pasti digunakan pemburu haram yang berleluasa di Terengganu, malah kelicikan mereka menyelinap masuk serta menyembunyikan hasil buruan, menyukarkan pihak berkuasa menangkap warga asing yang menceroboh hutan simpan kerajaan itu.
Cara beroperasi mereka bagaikan taktik diguna pakai komunis dengan jejak sukar dikesan, manakala senjata sama digantung di pokok atau ditanam bagi mengelak dikesan pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) .
Keadaan itu membimbangkan penduduk tempatan kerana kegiatan warga asing itu bukan lagi rahsia tetapi peliknya, pihak berkuasa gagal menangkap tindak-tanduk ‘komunis moden’ itu. Terengganu menjadi pusat pengumpulan hasil perburuan haram di Pantai Timur sebelum diseludup ke negara jiran. Negeri lain yang menjadi mangsa pemburu haram kerana simpanan hutan luas dan kedudukannya strategik ialah Kelantan, Pahang, Perak, Kedah dan Perlis.
Kegiatan pemburuan haram yang bukan saja menyasarkan binatang liar, malah hasil hutan berharga termasuk kayu gaharu dan karas memang diketahui umum.
Bagaimanapun, Pengarah Perhilitan Terengganu, Rozidan Md Yassin, berkata sebahagian besar kes pemburuan haram yang dilaporkan gagal didakwa kerana tidak dapat disokong bukti seperti hasil tangkapan atau hasil hutan yang diambil. Langkah paling proaktif yang dapat diambil agensi itu adalah pencegahan dengan meningkatkan pemantauan berkala dan membanteras secara bersepadu dengan pelbagai agensi lain yang berkaitan terhadap kawasan yang dikenal pasti.
“Dalam setiap operasi, Perhilitan menahan beberapa pemburu yang disyaki memburu secara tidak sah, bagaimanapun kami tidak dapat mendakwa mereka kerana kekurangan bukti,” katanya.
Beliau berkata, pemburu haram pantas menghidu pergerakan anggota penguat kuasa menyebabkan operasi berakhir dengan tangan kosong kerana tiada bukti ditemui bersama pemburu yang didakwa memburu secara haram.
Katanya, bagi penduduk kampung berhampiran hutan seperti Hulu Besut, Hulu Terengganu dan Hulu Dungun, terserempak dengan pemburu haram terutama warga negara jiran bersama senjata berat termasuk M16 bukan perkara yang asing. Keadaan itu sekali gus menimbulkan kehairanan bagaimana mereka boleh melepasi pihak berkuasa, sekali gus menyebabkan timbul keyakinan kegiatan mereka didalangi penduduk tempatan.
Ada pemburu haram warga tempatan berselindung dan melakukan kegiatan sampingan termasuk menjadi pemandu pelancong di kawasan tertentu yang diketahui mempunyai sumber hidupan liar yang banyak.
Dalam satu kes tangkapan pemburu haram baru-baru ini, dua pemandu bot pelancong ditahan selepas dikesan menjadikan kawasan Hutan Simpan Tembat berhampiran Pusat Santuari Gajah Sungai Ketiar, Kenyir, Hulu Terengganu sebagai lokasi memburu haiwan dilindungi.
“Memang ada pemburu warga asing yang ditahan mempunyai rekod sebagai anggota tentera sekali gus menjelaskan dakwaan orang ramai mengenai kemahiran mereka menggunakan senjata berat, tetapi hingga kini tiada yang ditemui bersama senjata berkenaan,” katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan mereka menanam senjata dan peralatan digunakan sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa kerana difahamkan kebanyakan pemburu haram tinggal di dalam hutan untuk tempoh lama.
Undang-undang untuk membendung gejala pemburuan haram memang sudah termaktub di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali namun ramai yang masih tidak mengendahkan peraturan itu.
Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 76), diwujudkan bertujuan melindungi spesies hidupan liar sama ada matang atau tidak matang dan tidak kira ia boleh dijinakkan atau dibiakkan dalam kurungan. Bagaimanapun, ia tidak termasuk hidupan liar dari spesies marin, ikan serta anjing dan kucing domestik.
Bagi meningkatkan keberkesanan langkah mengekang pemburuan haram, Jabatan Perhilitan sudah mewujudkan Unit Jenayah Hidupan Liar (WCU) yang bergerak aktif tanpa sempadan di seluruh Semenanjung dan bertindak sebagai ’skuad terbang’ bagi memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan lebih efektif dan berkesan.
Ketika ini, Perhilitan juga membekukan permit perburuan rusa pada setiap November kerana sebab tertentu dan penguatkuasaan itu dilaksanakan di seluruh negara. Permit pemburuan juga tidak dikeluarkan untuk spesies burung termasuk ayam hutan selepas penularan wabak selesema burung yang mengancam negara baru-baru ini.
http://www.bharian. com.my/Current_ News/BH/Monday/ Rencana/20091115 224723/Article/








Feb 6th Hans P USD 115.00