Wawa Kini Mempunyai Rumah Baharu

Berita Wilayah, 23 March 2016

SANDAKAN, 23 Mac (Bernama) — ‘Wawa’ yang ditemui keseorangan di kawasan hutan simpan di Pinangah dalam daerah Telupid pada 11 Mac lalu kini mempunyai rumah baharu di Pusat Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) di sini.

Anak beruang madu betina ini yang berumur dua bulan dibawa ke pusat itu Jumaat lalu dan kini dikuarantin dan dilapor bertambah baik kesihatannya.

Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC, Wong Siew Te berkata anak beruang itu pada mulanya ditemui oleh pekerja hutan.

“Wawa masih lemah tapi dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar,” katanya.

Beliau berkata tidak mungkin ibu Wawa meninggalkannya yang tidak diketahui apa yang berlaku kepada ibunya.

BSBCC akan membesarkan Wawa sebelum ia dikembalikan ke dalam hutan apabila besar, katanya.

Wawa merupakan beruang madu yang ke-48 yang ditempatkan di BSBCC.

— BERNAMA

Bookmark and Share

Post a Comment

*
*